Ada Orang.

Salam,

Ada orang suka makan, tapi malas masak.
Oleh itu mereka suka makan luar.

Ada orang suka ketawa, sentiasa nampak gembira. Tapi bila dia menangis. Dia keseorangan.
Oleh itu dia mencari kawan untuk sentiasa bersama dengannya. Asal ketawa sahaja.

Ada orang suka buat lawak. Terlampau suka sampai semua benda nak dijadikan lawak. Tapi seringkali terlebih lawak sampai menyakitkan hati orang lain.
Oleh itu dia buat lawak dengan orang yang tak cepat terasa je.

Ada orang suka judge orang lain. Mendengar luahan hati si kawan lalu judge si kawan. Lalu berpandangan negatif pada si kawan.
Oleh itu dia cuba buat2 tak dengar masalah kawan sehingga kawan bertanya "kau dengar tak aku cakap apa??"

Ada orang bahasa sopan berbudi bahasa pantang ada yang buruk pasti ditegur dengan penuh berbudi bahasa. Tapi kesalahan sendiri susah nak terima orang lain tegur.
Oleh itu dia perlukan orang lain untuk orang lain tunjuk perasaan.

Ada orang macam lalang. Dengan sana perangai lain. Dengan sini perangai lain. Sampai orang confius mana satu dirinya sebenar.
Oleh itu dia selalu explain pada kawan2nya agar tidak di-judge fake.

Ada orang tak reti pendam marah. Dia pasti luahkan. Tak kisah lah pada orang yang dia marah atau orang lain. Tapi orang yang mendengar seringkali terasa.
Oleh itu dia menggunakan laman sosial untuk melepaskan amarahnya konon boleh selesaikan masalah. Walhal. Manusia itu sentiasa judge and tak pernah puas hati dan seringkali kata 'I open, u can tell me anything kalau tak puas hati.' But the problem is. Mereka lah orang yang tak akan terima apa kata2 luahan orang.

Because nobody perfect. We are human. We love to judge. We hate each other at the same time we love each other too. Teruskan hidup. Walau ramai terluka. Walau kita usaha namun gagal. Teruskan hidup. Satu hari nanti jika mereka sedar kesalahan mereka. Mereka akan kembali. Kerana apa? Kerana mereka manusia macam kita.

No comments:

Post a Comment